Pemberian sesama rakyat Pemberian bantuan ketika pandemik COVID-19 di Malaysia

Gerakan bendera putih

Pada Jun 2021, rakyat Malaysia melancarkan sebuah gerakan isyarat kecemasan dengan cara mereka yang terdesak secara kewangan dan memerlukan makanan serta barang keperluan untuk mengibarkan bendera putih di luar kediaman mereka susulan perkembangan pandemik COVID-19 negara.[43] Gerakan ini memperoleh sambutan yang sangat menggalakkan, dengan pelbagai pihak seperti syarikat peruncitan dan NGO-NGO tampil bekerjasama dalam menjayakan pemberian bantuan.[44] Di samping itu, gerakan ini juga memberi inspirasi kepada gerakan-gerakan bendera lain seperti gerakan bendera merah (bantuan kepada pemilik haiwan peliharaan)[45] dan bendera hitam (protes terhadap sistem pelantikan pegawai perubatan berkontrak kebangsaan serta kerajaan secara am; kedua-dua gerakan ini ialah gerakan berasingan).[46][47]

Didorong oleh peningkatan masalah kelaparan berskala besar, peningkatan kes bunuh diri dalam situasi pandemik dan isu-isu lain, perlambangan bendera putih kemudiannya berkembang kepada perlambangan berunsur aktivis dan politik seperti kebangkitan rakyat memprotes kerajaan secara am.[44] Dengan membawa hujah gerakan bendera putih sebagai gerakan protes sulit oleh pihak pembangkang, segelintir ahli politik kerajaan (terutamanya anggota Parti Islam Se-Malaysia, PAS)[48] menentang gerakan tersebut kerana disifatkan membawa mesej bahawa pihak kerajaan kurang membantu golongan rakyat yang terjejas ketika pandemik serta berniat untuk menjatuhkan kerajaan kini demi kepentingan pihak pembangkang.[49][50]

Rujukan

WikiPedia: Pemberian bantuan ketika pandemik COVID-19 di Malaysia http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia... http://www.xinhuanet.com/english/2020-02/17/c_1387... http://www.xinhuanet.com/english/2020-02/19/c_1387... http://www.dailyexpress.com.my/news/149233/china-t... http://www.dailyexpress.com.my/news/149813/china-s... https://www.bernama.com/en/region/news.php?id=1828... https://www.businesswire.com/news/home/20200319005... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/01/31...